Sunday, September 15, 2013

Bermulanya Di Port Dickson

Assalamualaikum ...
Lidah ku kelu ,, hanya jemariku sahaja ku biar ligat menari di atas 'keyboard' ni ..

"Menulis blog ?? Biar betul aku ni ? Nak tulis apa ya ? Pasal cinta ? ish .. 'evergreen' kot cintan-cintun ni ... Pasal agama ? Aku bukan Ustazah , jauh sekali pelajar sekolah agama . Ilmu agama masih belum penuh di dada . Pasal masalah negara?  tak pun pasal kucing aku yang selalu hilangkan penutup pen aku tu ? Ishh ... susah jugak ni" 

Blog ini sebenarnya telah saya wujudkan dari awal tahun 2012 lagi . Mungkin sebab saya selalu membaca blog-blog orang lain dan teringin kot nak buat blog jugak :D . But , bila dah ada blog , yelah setakat ada .. ni lah kali pertama saya menulis kat sini . "testing-testing"  heheee 

Saya , gadis kampung ... Dari negeri penyu ni .. sebenarnya baru terbuka hati nak menulis kat sini . Al-kisahnya bermula . Baru-baru ni saya ada mengikuti Kem bagi mencungkil bakat remaja untuk jadi penulis . Kem ni buat kat Port Dickson , anjuran DBP dan Kementerian Pelajaran Malaysia . Moderator kat sana ada suruh peserta-peserta tu buat blog . Mungkin senang nanti nak hantar karya ke , nak 'publish' karya kan .

Jadi saya pun 'try'lah cari balik blog saya ni then suddenly terjumpa balik . Alhamdulillah ! heehee . saya pun dah tak tahu nak merepek apa dah lagi ni . Sampai sini je kot celoteh saya kali ni . saya harap , lain kali saya dapat menuliskan sesuatu yang lebih berfaedah , InsyaAllah :) .